Wednesday, November 17, 2021

IMAN'S Catering & Event


IMAN'S Catering & Event.

Bismillahirrahmannirrahim.

Ini logo sejak 2012 Iman's Catering & Event.

Rebranding 2019 sebagai Iman's Cafe & Catering.

Terima kasih kepada sahabat kami yang sudi menghasilkan design yang terbaik ini.

Alhamdulillah.

Tahun demi tahun kami mengorak langkah tanpa jemu, apa jua pembelajaran, ilmu dan tanpa ilmu kami langgar dinding, tersungkur, luka berdarah, sembuh, rintangan dan menang, melompat kegirangan, kami tempuh tanpa mengalah tiada erti putus asa dalam kamus hidup kami.

2tahun ini kami terasa sungguh terkesannya ekonomi ini.

Apa-apapun alhamdulillah kita telah lalui bersama-sama seluruh rakyat Malaysia dengan semangat juang kita ini.

Kita teruskan ya sokong sesama kita sahabat, tidak kira semua yang berkerjaya mahupun yang berniaga agar terus menjayakan ekonomi negara.

Trust atau percaya pelanggan dan sahabat itulah yang kami telah bina dengan IMAN'S.

Insyaallah perniagaan ini  akan kekal dan diwarisi oleh anak6 kami.

Target kami akan datang ianya tidak sampai 5tahun lagi Ahmad Aiman kini 15tahun, anak sulung kami akan mengambil alih bisnes ini dan seterusnya diikuti adik-adiknya.

Doakan IMAN'S akan terus berjaya dengan cemerlang.

Terima kasih kasih  sayang ❤️ dari kami kepada semua pelanggan kesayangan IMAN'S yang sentiasa sokong kami sejak kami bermula  dari majlis kecil-kecilan sehingga majlis korporat. Malah yang majlis kenduri sehingga ada yang sudah bercucu juga masih menghubungi kami dan menggunakan khidmat katering IMAN'S.

Ada yang mulai dengan majlis hari jadi, kenduri nikah, majlis kahwin, majlis aqiqah, majlis jamuan raya, majlis makan pejabat, majlis makan korporat dan pelbagai event lagi.

Syukur sepanjang laluan ini, kami diketemukan dengan ramai sahabat yang sentiasa support susah senang kami, sememangnya semua baik-baik dan hebat belaka.

Begitu juga dengan staff dan Team IMAN'S Allah hadirkan semuanya sangat membantu, tidak kira secara fulltime malahan juga yang parttime.

Jasamu tetap dalam sanubari ini, sentiasa dalam ingatan kami.

Malah setiap sen, setiap titik peluh, setiap idea anda, setiap hari tenaga dan hari rehat juga, tanpa kamu tiadalah kami masih lagi mampu berdiri ini meneruskan hari ini.

Kami tahu siapa anda, anda juga tahu siapa kalian๐Ÿ˜ญ❤️

Allah sahaja yang mampu membalas jasamu itu kami anggap kamu sahabat dunia akhirat.

Sepanjang 10tahun ini dengan bantuan dan sokongan sahabat-sahabat, saudara mara, sahabat bisnes IMAN'S Catering & Event masih lagi bertahan berada di persada ini.

Alhamdulillah, doakan kami terus berjihad untuk ekonomi ummah, InsyaAllah.❤️

We are back IMAN'S Catering & Event.

Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan anda.

Kami sayang anda dan anda tahu siapa anda yang kami akan terus semai kasih sayang itu.๐Ÿ˜๐ŸŒน❤️๐ŸŽˆ๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜

Alhamdulillah.

#imanscatering
#kateringbangi
#kateringkajang
#kateringputrajaya
#kateringcyberjaya
#kateringkualalumpur
#kateringselangor
#kateringkendurikahwin
#kateringnikah
#katering

1 comment: