Tuesday, August 11, 2015

Majlis Jamuan Raya 2015

Salam Idulfitri sahabat semua..

Pelbagai berita indah dan dukacita yang berlaku sepanjang Syawal yang terindah kali ini..

Seminggu raya baru berlalu, kami kehilangan besar iaitu ibu tercinta Puan Hajjah Siti Rafeah binti Adam dan minggu berikutnya kehilangan mentor katering kami En Hisyam bin Abu Husin Syamaz Strategic yang sentiasa memberi perangsang membakar semangat kami...
AlFatihah buat beliau semoga bersemadi dan dicucuri rahmat ke atas roh mereka serta ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin.

Buat pelanggan yang tidak jemu-jemu membuat tempahan jamuan raya saban hari, setinggi ucapan terima kasih diucapkan dan Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir Batin.