Thursday, October 26, 2017

Sedekah Anak yatim dan Pusat Tahfiz

Terima kasih Ya Allah, Iman's Nasi lemak Sambal bb Sedap dapat disedekah ke rumah anak yatim dan Pusat tahfiz serta masjid berdekatan Bangi.

Tujuan kami untuk sampaikan hajat buat sahabat-sahabat yang anaknya menduduki peperiksaan agar dipemudahkan dan lancar semuanya, yang berhajat menambah zuriat agar sihat tubuh badan serta memperolehi anak soleh dalam masa terdekat dan tinggal ketinggalan juga yang masih berhutang mahu segala 'amanah'nya Allah bantu selesaikan. Aamiin Ya Mujib.

Syukur dapat jamu mereka anak2 bertuah ini,kami hantar petang semalam cuma gambar mereka makan tak dapat ambil sebab untuk makan malam katanya dan ada mereka pun belum balik dari sekolah.

1.Anak yatim Al Kautsar Seksyen 4, Bangi.
2.Anak yatim Nur Ain, Seksyen 2, Bangi.
3.Anak yatim Rukaiyah, Sg Merab, Bangi.
4.Darul Fuqaha, Sg Merab, Bangi.
5.Darul Huffaz, Seksyen 7,Bangi.
6.Darul Izzah, Kg Teras Jernang, Bangi.

Kepada yang ingin bersedekah terus juga boleh transfer ke akaun yang tertera. InsyaAllah semuanya urusan Allah akan mudahkanlah kerana memberi makan anak yatim dan anak tahfiz. Aamiin.

No comments:

Post a Comment