Thursday, October 15, 2015

Salam Tahun Baru Maal Hijrah 1437H

Assalamualaikum wbrth sahabat-sahabat dan semua pelanggan yang kami sayangi didoakan agar lebih bersemangat di Tahun Baru ini. Kekal momentum dan tingkatkan usaha serta teruskan berdoa bersungguh-sungguh hingga hujung nyawa.

Disamping itu merasakan doa kita itu memang dah nak dapat, sedang ke arah kita, pasti menjelma, dah dapat dah..malah kita amat teruja lagi bila mana kita fikir yang doa-doa kita itu Allah sedang tunggu masa je nak beri pada kita. Allah Maha mendengar..ALLAHUAKBAR..

Aku yakin Ya Allah,
Kau telah ambil segalanya dariku
Kerana Kau mahu gantikan sesuatu yang baru yang lebih baik untuk aku
Kau ambil apa yang aku sayang
Kerana Kau lebih menyayanginya
Aku yakin apa yang Kau ganti itu
Malah lebih baik dan terbaik untukku..Alhamdulillah..

Ya Allah aku seronok dengan semuanya yang Kau beri ini..
Aku syukur sangat semua yang aku ada..ibu ayah,suami,anak-anak yang soleh dan taat padaMu Ya Allah dan RasulMu..
Aku redha dengan apa yang kau tetapkan pada aku dan keluarga aku..
Aku sabar dengan segalanya yang uji dan cabaran yang kau hadirkan saban hari..
Terima kasih Allah atas segalanya yang Kau pinjamkan padaku..(***nangis)

💝💝💝💝
Jom set matlamat kita
💝💝💝💝
Kekayaan💰🏡🚘🚐🚚
Kemenangan🏆
Kesejahteraan🎈
Kasih Sayang😍
Kebahagiaan💑
Ketenangan🏄
Kesihatan yang baik💃
Kebebasan Kewangan💸
Kejayaan maksima🎯
Keberkatan🎁
Keredhaan 🎇
💝💝💝💝
Bermula tahun baru hijrah ini
Moga segala hajat dimakbulkan Allah swt..

Aamin Ya Mujib!!!
💝💝💝

#salamtahunbaruhijrah
#imanscateringandevent
#1dihatiAnda

No comments:

Post a Comment