Showing posts with label Covid19. Show all posts
Showing posts with label Covid19. Show all posts

Monday, May 4, 2020

PKP Lanjutan 29 April hingga 12 Mei

Ya Allah sembuhkanlah rakyat Malaysia dan seluruh dunia. Aamiin ya Allah.


Sharing kisah di luar negara.

“Billboard” Di Amerika Dilapor Papar Nasihat Dari Hadis Nabi, Cara Berdepan Ancaman Wabakbillboard hadis nabi
Kredit: Al Araby UK
Amira, Fazidi,2 minggu lalu

Sebuah papan iklan billboard dipercayai di Chicago, Amerika Syarikat dilapor memaparkan nasihat menghalang penularan koronavirus melalui hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam iklan oleh Gain Peace di AS, mereka merangkumkan tiga nasihat Rasulullah S.A.W iaitu kerap membasuh tangan, jangan tinggalkan kawasan dijangkiti wabak dan jangan masuk ke dalam kawasan dijangkiti.

Mesej berusia lebih 1400 tahun itu seiring dengan garis panduan pertubuhan kesihatan di seluruh dunia untuk berdepan dengan COVID-19.

Billboard yang mengandungi intipati hadis Nabi Muhammad S.A.W ini berkait dengan pesanan baginda berdepan wabak yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Imam Muslim;

لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ


Maksudnya: “Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Baginda juga memerintahkan mereka yang berada di tempat dilanda wabak agar tidak meninggalkan kawasannya serta golongan sihat juga dilarang memasuki lokasi wabak.

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

Maksudnya: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Pesanan hadis ini menekankan tanggungjawab agama setiap individu dan masyarakat untuk mencegah penularan penyakit berjangkit dengan menjauhi tempat awam.


Sumber: Al Araby UK (English), Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)

Monday, April 13, 2020

Bantuan Makanan sepanjang PKP

Terima kasih banyak kepada semua penginfak yang menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada memerlukan dan sahabat sekitar Bangi, Kajang dan Semenyih, Selangor dan Kuala Lumpur serta di mana sahaja anda berada.

Kami bantu menyampaikan kepada yang sangat-sangat memerlukan makanan untuk sekeluarga. 

Insyaallah Rezeki dari Allah pasti ada untuk kita makhlukNya. 
Aamin ya Allah ya Rahman ya Rahim. 
Allahuakbar.

#Kitajagakita
#kitabantukita
#Allahsayangkita

Thursday, April 9, 2020

Penghantaran makanan sepanjang PKP

Penghantaran makanan berbungkus makan malam ke Frontliners Hospital Bentong Pahang untuk Team Covid19 Emergency Department.👍

Makanan berbungkus untuk RELA bertugas di HKL dan gelangangan sekitar Kuala Lumpur.💪

Infak bekalan makanan kering dan basah untuk sahabat jiran sekitar Bdr Teknology Kajang, Sg Chua, Sg Ramal Dalam, dan Serdang.👪🧑‍🤝‍🧑👭

Alhamdulillah. Rezeki semuanya dari Allah kami hanya sebagai perantaraan sahaja menyampaikan amanah dab terima kasih banyak kepada penginfak, kita bersama-sama membantu rakyat Malaysia. 🇲🇾😍❤️

#kitajagakita
#kitabantukita
#sayangiMalaysiaku
#Allahlindungikitasemua

Monday, March 30, 2020

Penghantaran makanan sepanjang PKP

Alhamdulillah selesai tugasan malam ni ke Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya, Student IUKL serta Staff IT BSN.




Lindungilah kami dan semua frontliners dan mereka yang Lockdown serta semuanya Stay at home. Stay safe. Aamiin.

#allahjagakita
#kitajagakita
#tahniahfrontliners
#lockdown
#pkp 

Sunday, March 29, 2020

PKP 18-31 Mac 2020

Ya Allah sembuhkanlah kami, selamatkanlah kami, 
Lindungilah kami dan peliharalah kami 
rakyat Malaysia. 
Aamin ya Allah ya Rahman ya Rahim

Monday, March 23, 2020

Makanan berbungkus untuk Petugas Negara.

Malam ini kami telah membantu menyampaikan makanan kepada Petugas Anggota Polis dan Tentera bertugas waktu malam di Roadblock sekitar Tol Sg Besi Arah Selatan.


Ya Allah permudahkan urusan mereka semuanya, sihatkan mereka yang dibarisan hadapan ini dan lancarkan urusan para pejuang ini menjalankan tugas mereka demi Bangsa, Agama dan Negara tercinta Malaysia. 🇲🇾❤️👍💪 

#selamatkanlahMalaysia
#staysafeathome
#minumairbanyak
#mandiairsuam
#makanVitaminC
#covid19

Pengagihan Makanan kepada Petugas Negara

Malam ini kami telah menghantar 1st delivery ke Hospital Serdang & Putrajaya untuk Team Covid19 Shift Malam. 


Ya Allah permudahkan urusan mereka semuanya, sihatkan mereka yang dibarisan hadapan ini dan lancarkan urusan para pejuang ini menjalankan tugas mereka demi Bangsa, Agama dan Negara tercinta Malaysia. 🇲🇾❤️👍💪 

#selamatkanlahMalaysia
#staysafeathome
#minumairbanyak
#mandiairsuam
#makanVitaminC