Monday, July 16, 2018

Katering Majlis Kenduri Perkahwinan di Seksyen 3 Bangi

Alhamdulillah atas kepercayaan Puan Ana dan suami beliau memilih kami lagi untuk majlis perkahwinan anak sulung beliau pula untuk tahun ini Encik Muiz & isteri kesayangan.

Pada 3tahun sebelum ini, kami membantu menjayakan majlis perkahwinan adik beliau.

Syukur majlis berjalan lancar dan teratur serta makanan cukup dan servis yang baik.

Amanah yang beliau serahkan kepada kami, Allah bantu kami jayakan dengan mudah dan lancar.

Alhamdulillah terima kasih Allah, tuan rumah yang amat sporting, pengantin muda, tetamu yang hadir dan team Imanscatering yang menjayakan majlis kenduri kahwin ini.

Majlis kenduri kali ini dari Imans Catering meliputi item berikut:

Katering 800pax
Meja beradap
Meja VIP
Kek kahwin 2tingkat  (Kaseh Bakery)
Set pelamin rumah (Zatie Beauty Home)
Fotografi dan album (The Linse)
8buah Canopy underlayer (Pak Hamzah Canopy)
Servis pramusaji berpengalaman (Team Lina Zul)

Menu Pilihan
Set Nasi Hujan Panas
Ayam masak merah
Daging masak hitam
Dalca
Jelatah
Papedom
Buah tembikai
Air kordial
Air mineral
Kopi O
Kuih 3 jenis
Kuih talam, creampuff, kuih koci
Bubur kacang

Feedback Puan Ana sekeluarga masa kami jumpa pada esok harinya di kediaman beliau. ✋

<b>Alhamdulillah makanan sedap dan cukup, ada lebihan dapat tapau utk rombongan balik Terengganu, nasi hujan panas color memang 👍 best dan sedap ,sambil adik beliau menyampuk kata creampuff terbaik, memang sedap! Hehe itu yang habis cepat.. kuih pun banyak dan sedap. Kek kahwin pun sedap, selalu majlis kenduri kek kahwin tak pernah habis, ini habis licin 2biji kek tu..sedap sangat ..hahaha..serta team pembantu amat bagus dan rajin! <b>

No comments:

Post a Comment