Assalamualaikum sahabat semua
Salam ceria di hujung minggu,
Lama saya tak kongsi resepi ye,
hari ini nak bagi resepi buat pizza mudah untuk makan-makan.
Semalam kakak ipar saya tanya,
Marilah cuba sama-sama ye.
Resepi Pizza Homemade Iman
Bahan-bahan:
Tepung gandum (1/2peket)
Garam secukup rasa
Yis (setengah peket mauripan)
Air (1/2 cawan)
Minyak (1sudu besar)
Topping:
Sos Prego/tomato puree
Cili bengala
Seafood/ayam
Buah tomato/mix vegi
Cheese
Mayonese
Cara-caranya:
1)Gaulkan bahan kering
2)Masukkan bahan basah
3)Ulikan menjadi doh (kalau lembik tambahkan tepung)
4)Masukkan dalam kuali pan dan leperkan ikut suka nak nipis atau tebal (crust macam domino's atau tebal macam pizza hut..hehe),
Pastikan api kecil biar masak rata
(Kalau pakai dapur, jika ada oven, masukkan suhu 200-250¤C ikut oven masing-masing tau, jangan sampai hangus pula..hitam nanti jadi biskut..heheh)
5)sapukan topping
6)taburkan sayuran
Selamat pagi ini bolehlah sahabat mencuba, bagi yang dah cuba share tag lah gambar kat sini, nanti mesti ada yang nak order...usah malu dan segan, rasa sekali pasti nak lagi.
Nantikan saya akan kongsikan lagi resepi versi kami yang memang mudah dan sedap dimakan seisi keluarga.
Boleh pm untuk nak resepi apa lagi dan bantuan ketika memasak di talian..hehe..macam chef la pula..hahaha..
InsyaAllah saya kongsikan lagi.
Selamat mencuba ye!
No comments:
Post a Comment